Oppo Bakal Keluarkan Jam Tangan Dan Fon Kepala Pintar Tidak Lama Lagi Comments Off on Oppo Bakal Keluarkan Jam Tangan Dan Fon Kepala Pintar Tidak Lama Lagi

Oppo merupakan pengeluar telefon pintar kelima terbesar di dunia selepas Apple dan Xiaomi. Dengan kedudukan ini, Oppo juga berjaya menarik jutaan pengguna di seluruh dunia sekaligus menjadikan Oppo antara jenama yang dipercayai ramai. Pada akhir tahun lalu Oppo telah melancarkan Oppo Find X malah sehingga kini ia dikira sebagai telefon pintar dengan rekaan paling cantik pernah dihasilkan.

Menerusi temu ramah Qualcomm China dan CEO Oppo baru-baru ini, Chen Mingyong memaklumkan Oppo kini sedang membangunkan teknologi 5G dan syarikatnya juga mensasarkan pengeluaran jam tangan pintar dan fon kepala pintar tidak lama lagi.

Mingyong turut memberitahu Oppo kini menyediakan produk dan perkhidmatan kepada lebih 250 juta pengguna di 40 buah negara seluruh dunia. Bersama dengan peredaran teknologi, Oppo juga bakal melancarkan telefon pintar 5G yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 855 dan bercadang melancarkannya pada setengah tahun pertama 2019.

Adakah Oppo ‘Poseidon’ yang dimaksudkan oleh Chen Mingyong, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend