OPPO Akan Perkenal TV Pintar Pertamanya Bermula Pertengahan Kedua Tahun 2020 Comments Off on OPPO Akan Perkenal TV Pintar Pertamanya Bermula Pertengahan Kedua Tahun 2020

Penglibatan pengeluar telefon pintar dalam kepelbagaian produk IoT (Internet of Things) bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan OPPO juga bakal memperluaskan produk IoT keluarannya apabila mengumumkan akan melibatkan dirit dalam industri pembuatan TV.

Di dalam majlis pelancaran siri OPPO Find X2 yang berlangsung di China baru-baru ini, Liu Bo selaku Naib Presiden OPPO telah mengesahkan akan melancarkan TV pintar pertama keluarannya bermula pertengahan kedua tahun ini.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut berhubung TV pintar dan juga tarikh pelancaran produk baharu OPPO itu masih lagi kekal misteri buat masa ini. Namun begitu, lebih banyak maklumat tentang TV pintar OPPO ini mungkin akan didedahkan tidak lama lagi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend