OPPO Akan Lancar Peranti Dengan Teknologi 10x Lossless Zoom, Snapdragon 855 Dan 5G Pada Suku Kedua Tahun 2019 Comments Off on OPPO Akan Lancar Peranti Dengan Teknologi 10x Lossless Zoom, Snapdragon 855 Dan 5G Pada Suku Kedua Tahun 2019 428

Bagi membuka acara MWC 2019 pada kali ini, OPPO secara rasminya telah melancarkan teknologi zum yang sering diperkatakan iaitu 10x lossless zoom. Melalui pendedahan yang telah dibuat, OPPO telah mengesahkan sokongan konfigurasi tiga kamera yang terdiri daripada lensa utama 48MP, lensa sudut luas mencecah 120 darjah, dan juga lensa telefoto.

Demonstrasi 1x zoom pada peranti OPPO di MWC 2019 (kredit: trustedreviews)
Demonstrasi 10x lossless zoom pada peranti OPPO di MWC 2019 (kredit: trustedreviews)

Menariknya kedua-dua lensa utama dan juga lensa telefoto yang akan disokongnya itu akan menyokong teknologi penstabilan OIS. Kehadiran teknologi 10x lossless zoom yang akan digunakan itu juga akan menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik menggunakan modul zum dengan rekaan periskop bagi memastikan rekaan kamera yang nipis.

Selain daripada teknologi 10x lossless zoom, OPPO turut mengesahkan sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 855 yang dilengkapi dengan modem Snapdragon X50 5G. Buat masa ini OPPO masih lagi belum mendedahkan nama model yang akan digunakan pada kedua-dua telefon pintar itu, tetapi ia akan dilancarkan secara rasmi menjelang suku kedua tahun 2019 nanti.

Baca juga:

Teknologi Kamera ’10x Lossless Zoom’ Keluaran OPPO Akan Dikomersialkan Pada Separuh Pertama Tahun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend