OPPO A92s Dengan Skrin 120Hz Dan 5G Dijangka Hadir Dalam Tiga Warna, Berharga Sekitar RM1,533 Comments Off on OPPO A92s Dengan Skrin 120Hz Dan 5G Dijangka Hadir Dalam Tiga Warna, Berharga Sekitar RM1,533

Baru semalam kami kongsikan berita ketirisan tentang OPPO A92s, kini peniris popular @xiaomishka telah mendedahkan beberapa lagi maklumat menarik tentang peranti 5G terbaharu daripada OPPO.

Melalui perkongsian imej poster OPPO A92s, peranti ini disahkan akan diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, putih dan juga merah jambu. Tersedia dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 128GB, ia akan dijual pada harga CNY2,499 (~RM1,533).

OPPO A92s dipercayai akan menyokong skrin 6.57 inci FHD+ dengan rekaan dwi lubang kamera depan 16MP (Sony IMX471) + 2MP (Depth), paparan 120Hz, dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 800 5G, dan juga kuad kamera 48MP (Sony IMX586) + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth).

Dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh, OPPO A92s sebelum ini telah dilaporkan akan hanya menyokong teknologi pengecasan pantas PD 3.0 dengan kelajuan 18W.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend