OPPO A92s Bakal Tiba Dengan Skrin 120Hz, Rangkaian 5G, Dan Pengecas Pantas 18W Comments Off on OPPO A92s Bakal Tiba Dengan Skrin 120Hz, Rangkaian 5G, Dan Pengecas Pantas 18W

OPPO dijangka akan hadir dengan satu lagi model baharu apabila pengguna di Weibo telah memuat naik sekeping imej poster yang mengesahkan kemunculan model OPPO A92s .

Berdasarkan imej poster yang tertiris itu, OPPO A92s dipercayai akan menyokong rangkaian 5G, skrin dengan kadar segar semula 120Hz, dan juga dilengkapi dengan dwi kamera depan.

Menurut perkongsian itu lagi, OPPO A92s dikatakan menyokong skrin IPS LCD berukuran 6.57 inci, RAM LPDDR4x, storan jenis UFS 2.1, kuad kamera 48MP (Sony IMX586) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth) + 2MP (Macro), dan juga dwi kamera depan 16MP (IMX471) + 2MP (Depth).

OPPO A92s dengan bateri berkapasiti 4000mAh ini juga dikatakan model pertama daripada OPPO yang tidak menyokong teknologi pengecasan VOOC Flash Charge, tetapi sebaliknya akan dilengkapi teknologi pengecas pantas PD 3.0.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend