OPPO A92 Dan Enco W31 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Mei 2020 Comments Off on OPPO A92 Dan Enco W31 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Mei 2020

OPPO dalam perkembangan terbaru hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran peranti terbaru, OPPO A92 di Malaysia. Pelancaran menerusi penstriman langsung itu akan diadakan pada 4 Mei 2020, jam 11 pagi di Facebook/Youtube rasmi OPPO dan saluran televisyen Astro Go dan Astro Ria.

Bersama-sama dengan itu, OPPO juga akan melancarkan, Enco W31, TWS yang terbaru untuk pasaran tempatan. Fon telinga tanpa wayar sepenuhnya ini menawarkan ciri-ciri antaranya seperti kependaman rendah, dua mod bunyi, dan pengurangan bunyi hingar.

Anda dipelawa untuk menonton pelancaran atas talian ini dan berpeluang memenangi sebuah OPPO A92 dan tiga unit Enco W31 melalui giveaway yang bakal dijalankan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend