OPPO A91 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM999 Comments Off on OPPO A91 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM999

Hari ini OPPO Malaysia telahpun memperkenalkan model terbaharunya iaitu OPPO A91 untuk pasaran tempatan, melalui majlis pelancaran yang dibuat melalui penstriman langsung di Lazada.

OPPO A91 dikuasakan dengan cipset Helio P70 (12nm), dioperasikan dengan ColorOS 6.1 (Android 9.0 Pie), RAM berkapasiti 8GB, storan UFS 2.1 sebesar 128GB, panel skrin Gorilla Glass 5 AMOLED FHD+ berukuran 6.4 inci, dan juga pengimbas cap jari dalam skrin.

Panel belakang OPPO A91 telah didatangkan dengan sokongan kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (B/W) + 2MP (Depth). Manakala kamera swafoto pula beresolusi 16MP yang ditempatkan pada takuk kecil di skrin.

Ketahanan bateri 4025mAh pada peranti ini turut menjanjikan masa pengecasan yang lebih cepat dengan sokongan VOOC Flash Charge 3.0 berkelajuan 20W.

OPPO A91 ditawarkan dalam warna Lightening Black dan akan dijual pada harga RM999. Bermula hari ini hingga 26 Mac 2020, pra-tempah OPPO A91 di Lazada akan turut menerima rebat segera RM100 dan juga beg galas OPPO percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend