OPPO A9 2020 Kini Diperkenalkan Dalam Warna ‘Vanilla Mint’ Untuk Pasaran Tempatan Comments Off on OPPO A9 2020 Kini Diperkenalkan Dalam Warna ‘Vanilla Mint’ Untuk Pasaran Tempatan

Ternyata tekaan kami berhubung imej acah yang dipercayai merupakan warna baharu untuk OPPO A9 2020 adalah tepat, selepas OPPO Malaysia hari ini telah mendedahkan gambar penuh OPPO A9 2020 yang kini ditawarkan dalam warna baharu iaitu Vanilla Mint.

Berbeza dengan dua warna sebelum ini iaitu Space Purple dan Marine Green, warna baharu ini menampilkan sentuhan warna cerun yang lebih lembut. Bahagian atas tampil dalam warna putih kebiruan, manakala bahagian bawahnya pula kelihatan sedikit kehijauan. Walau bagaimanapun ketersediaan jualan OPPO A9 2020 dalam warna Vanilla Mint ini masih lagi belum diketahui.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan sokongan yang sama iaitu dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 665, 8GB RAM, ruang storan sebesar 128GB, bateri 5000mAh, skrin 6.5 inci IPS LCD HD+, dan juga dilengkapi speaker stereo dengan sentuhan Dolby Atmos.

Video buka kotak OPPO A9 2020:

Baca juga:

OPPO A9 2020 – 9 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Peranti Dengan Bajet Bawah RM1200 Ini?!

OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Kini Rasmi Dengan Kuad Kamera Dan Speaker Stereo Pada Harga RM1199 Dan RM699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend