OPPO A73s Kini Dilancarkan Di Taiwan, Berkemungkinan Besar Versi Global Untuk Model Realme 1 Comments Off on OPPO A73s Kini Dilancarkan Di Taiwan, Berkemungkinan Besar Versi Global Untuk Model Realme 1

OPPO telahpun melancarkan sub-jenama keluarannya yang pertama dengan kemunculan model Realme 1 secara eksklusif untuk pasaran India pada bulan Mei yang lalu. Nampaknya model itu kini dipercayai akan turut dilancarkan untuk pasaran global dengan menggunakan nama model OPPO A73s.

Dengan menyokong spesifikasi serta rekaan fizikal yang sama seperti model sub-jenama Realme 1, OPPO A73s yang juga merupakan versi peningkatan untuk model OPPO A73. Dilancarkan secara rasmi di Taiwan baru-baru ini, OPPO A73s dikuasakan dengan pemproses berkeupayaan AI dari MediaTek Helio P60, dioperasikan oleh ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, ruang storan 64GB dan juga RAM berkapasiti 4GB.

OPPO A73s menyokong paparan skrin 18:9 berukuran 6.0 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), kamera utama 13 Megapiksel dengan sokongan AI Beauty 2.0 serta AI Smart Scene Recognition, kamera hadapan 8 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3410 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC Charge.

Dengan hanya dilengkapi dengan sistem keselamatan biometrik menggunakan Face Unlock, OPPO A73s dijual pada harga TWD8,990 (RM1,192). Terdapat dua warna disediakan iaitu merah dan juga hitam yang hadir dengan kemasan mirip seperti potongan berlian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend