OPPO A71 Kini Sokong Storan 32GB Dengan Harga Jualan Hanya RM699 Comments Off on OPPO A71 Kini Sokong Storan 32GB Dengan Harga Jualan Hanya RM699

OPPO A71 sudahpun dilancarkan dalam pasaran tempatan pada September tahun lepas dengan sokongan ruang storan hanya 16GB.

Bermula esok (22 Mac 2018), OPPO Malaysia akan mula menjual OPPO A71 dengan ruang storan yang lebih besar iaitu 32GB dengan harga jualan yang mampu milik iaitu hanya RM699. Dengan mengekalkan sokongan kapasiti RAM sebesar 3GB, OPPO A71 ini boleh dibeli secara eksklusif melalui Digi dan juga pengedar sah OPPO secara luar talian ataupun dalam talian.

OPPO A71 hadir dengan sokongan skrin berukuran 5.2 inci HD, dikuasakan oleh pemproses MediaTek MT6750, kamera utama 13 Megapiksel, kamera swafoto 5 Megapiksel, dioperasikan dengan Android Nougat dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend