Oppo A5s Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM599 Comments Off on Oppo A5s Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM599 411

Oppo A5s diumumkan hari ini untuk pasaran tempatan, menawarkan telefon pintar kelas permulaan pada harga RM599. Peranti ini akan dijual mulai 16 Mei 2019 di kedai-kedai konsep Oppo seluruh Malaysia. Selain itu, ia juga boleh didapati melalui gedung Lazada dan Shopee selain penyedia telekomunikasi Digi menerusi pelan pascabayar Digi 58.

Atas kertas, Oppo A5s hadir dengan memori 3GB RAM dan 32GB ruang storan. Didatangkan dengan warna Hitam dan Merah, peranti ini turut dipadankan bersama paparan skrin bersaiz 6.2-inci LCD 1520 x 720 piksel dengan rekaan takuk titisan air. Nisbah skrin-ke-kerangka pula adalah 89.35%.

Rekaan tubuh peranti ini dikemaskan dengan panel seakan-akan cermin bagi memberikan efek pantulan yang menawan. Disamping itu pengimbas cap jari juga diletakkan di bahagian belakang serta dibungkus bersama bateri besar 4,230mAh. Menurut Oppo, dengan sekali pengecasan penuh, peranti dapat menawarkan masa main semula video sehingga 13.5 jam.

Oppo A5s dikuasakan cip pemproses MediaTek MTK6765 berkelajuan 2.3GHz yang dikatakan berupaya membuka pelbagai aplikasi dalam satu-satu masa. Di jabatan kamera, A5s dilengkapi dwi-kamera belakang 13MP+2MP berteknologi AI selain kamera depan 8MP f/2.0. Melengkapkan peranti, Oppo A5s dioperasikan sistem ColorOS 5.2.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend