OPPO A5s Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio P35, ColorOS 5.2 Dan Bateri 4,230 mAh Comments Off on OPPO A5s Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio P35, ColorOS 5.2 Dan Bateri 4,230 mAh

Julai 2018 yang lalu, OPPO telahpun melancarkan model OPPO A5 untuk pasaran di China dan dalam bulan yang sama OPPO A3s juga turut ditawarkan untuk pasaran di Malaysia.

Hari ini satu lagi telefon pintar bajet daripada OPPO iaitu model OPPO A5s pula telah dilancarkan secara rasmi di Taiwan. Berbeza dengan OPPO A5 yang sebelum ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 450 (14nm), OPPO A5s menjanjikan cipset 12nm daripada MediaTek Helio P35. Peranti ini turut dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Walaupun saiz skrin masih dikekalkan sama seperti OPPO A5 iaitu berukuran 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel), rekaan takuknya kini tampil lebih kecil bagi menempatkan kamera swafoto 8MP. Manakala pada panel belakangnya pula tersedia dengan dwi kamera beresolusi 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4).

OPPO A5s yang tidak dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari ini turut menawarkan bateri berkapasiti 4,230 mAh dengan sokongan fungsi penjimatan bateri pintar. Tampil dalam dua warna iaitu merah dan hitam, harga jualannya masih lagi belum diumumkan secara rasmi buat masa ini.

Baca juga:

OPPO A5 Mula Ditawarkan Di China Dengan Spesifikasi Kelas Pertengahan Dan Swafoto AI

OPPO A3s Dengan Sokongan Dwi Kamera Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend