OPPO A5 2020 Versi 4GB Kini Di Pasaran Dengan Harga RM899 Comments Off on OPPO A5 2020 Versi 4GB Kini Di Pasaran Dengan Harga RM899

OPPO A5 2020 dibawa masuk ke pasaran Malaysia sebagai telefon yang mahu mencabar kedudukan peranti kelas pertengahan-bawah seperti realme 5 dan Redmi Note 8. Jika versi pertama hadir dengan memori 3GB RAM, kini OPPO telah menambah satu lagi varian 4GB RAM sebagai pilihan tambahan kepada pengguna.

OPPO A5 2020 versi 4GB RAM ditawarkan pada harga RM899 seunit dan boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara bermula hari ini, 4 November 2019. Ia juga tersedia melalui pembekal mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile.

Versi ini masih mengekalkan spesifikasi lain seperti paparan skrin HD, cip pemproses Snapdragon 665, empat kamera belakang, sokongan pembesar suara Dolby Atmos, dan masih menggunakan bateri sebesar 5000mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend