OPPO A3s Varian 3GB + 32GB Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM599 Sahaja Comments Off on OPPO A3s Varian 3GB + 32GB Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM599 Sahaja 721

OPPO Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan model OPPO A3s untuk pasaran tempatan dengan penawaran varian 2GB + 16GB pada Julai 2018 yang lalu. Selepas dua bulan diperkenalkan, satu lagi varian telah dibawa masuk dengan konfigurasi memori lebih besar iaitu 3GB + 32GB yang dijual pada harga RM899.

Menariknya bermula bulan Februari 2019 ini, OPPO A3s varian 3GB + 32GB telahpun diturunkan harga sebanyak RM300 dan menjadikan harga jualan rasminya kini hanya RM599 sahaja. Bagi yang berminat, anda boleh membelinya di kedai fizikal OPPO Concept Store ataupun pengedar OPPO yang sah di seluruh negara.

OPPO A3s dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, antaramuka ColorOS 5.1 (Android 8.1 Oreo), skrin Gorilla Glass 3 sebesar 6.2 inci HD+, kamera swafoto 8MP, dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP, dan juga kapasiti bateri yang sangat besar mencecah 4230 mAh.

Beli OPPO A3s (3GB + 32GB) pada harga RM599 secara online di:

Baca juga:

OPPO A3s Dengan Sokongan Dwi Kamera Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend