OPPO A3s Kini Diperkenalkan Dalam Varian Storan Lebih Besar 32GB+RAM 3GB Comments Off on OPPO A3s Kini Diperkenalkan Dalam Varian Storan Lebih Besar 32GB+RAM 3GB

OPPO Malaysia pada bulan lepas telahpun melancarkan peranti mampu miliknya yang terbaharu untuk pasaran tempatan dengan kehadiran model OPPO A3s. Dijual pada harga RM599, OPPO A3s yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450 ini telah dioperasikan oleh ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Namun begitu, OPPO A3s ini hanya dibekalkan dengan ruang storan yang agak kecil iaitu hanya 16GB + RAM 2GB sahaja. Tetapi baru-baru ini OPPO India dilihat telah memperkenalkan pula varian terbaharu untuk model tersebut dengan sokongan ruang storan lebih besar iaitu 32GB + RAM 3GB.

Walau bagaimanapun, setakat ini pihak OPPO India masih lagi belum mendedahkan harga jualan rasmi untuk varian baharu OPPO A3s ini. Buat masa ini ia akan hanya dijual untuk pasaran India dan berkemungkinan besar OPPO Malaysia juga akan membawa masuk varian ini tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend