OPPO A3s Dengan Sokongan Dwi Kamera Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599 Comments Off on OPPO A3s Dengan Sokongan Dwi Kamera Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar dari kelas permulaan terbarunya iaitu model OPPO A3s untuk pasaran tempatan. Dilengkapi dengan sokongan skrin penuh berukuran 6.2 inci, OPPO A3s menjadi model pertama dari siri itu yang tampil dengan sokongan dwi kamera beresolusi 13 Megapiksel + 2 Megapiksel. Lebih menariknya, ia turut menerima ciri A.I. Beauty Recognition Technology.

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, OPPO A3s juga telah dikuasakan dengan ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo. Memandangkan harga jualannya yang sangat kompetitif, hanya satu varian ditawarkan iaitu 16GB + RAM 2GB dengan sokongan bateri berkapasiti 4,230 mAh yang mampu menjanjikan ketahanan sehingga 18 jam.

OPPO A3s yang dilengkapi dengan ciri fungsi pengecaman wajah ini telah ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu merah dan juga ungu gelap pada harga RM599. Ia akan mula dijual di pasaran pada 19 Julai 2018 melalui OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO dan juga platform e-dagang Lazada, Shopee atau 11street.

Senarai lokasi kedai OPPO Concept Store: oppo.com/my/shops/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend