OPPO A1k Dilancarkan Di Rusia Dengan Helio P22, ColorOS 6.0 dan Bateri 4000 mAh Comments Off on OPPO A1k Dilancarkan Di Rusia Dengan Helio P22, ColorOS 6.0 dan Bateri 4000 mAh 355

Disasarkan untuk segmen peranti kelas permulaan atau bajet, OPPO telah melancarkan OPPO A1k untuk pasaran di Rusia. Diperkenalkan sebagai pengganti untuk model OPPO A1 yang dilancarkan pada Mac 2018 yang lalu, OPPO A1k menjanjikan peningkatan spesifikasi dan juga rekaan yang diperbaharui.

OPPO A1k telah dikuasakan dengan cipset MediaTek MT6762 Helio P22 (12nm), dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga konfigurasi memori 2GB + 32GB dengan sokongan microSD sehingga 256GB. Ia juga tersedia dengan paparan skrin 6.1 inci HD+ (1560 x 720 piksel) yang menerima perlindungan daripada Corning Gorilla Glass 3, dan juga rekaan takuk jenis titisan air.

Sebagaimana generasi sebelum ini, OPPO A1k hanya memiliki satu lensa kamera utama beresolusi 8MP (f/2.2), dan juga kamera depan beresolusi 5MP (f/2.0). Selain itu ia juga menyokong dua slot kad SIM dengan dwi 4G VoLTE, bicu audio 3.5mm, WiFi 2.4GHz, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

OPPO A1k ditawarkan dalam warna hitam atau merah, dan ia akan dijual pada harga RUB9,990 (kira-kira RM647) di Rusia. Model ini juga dikatakan akan turut dilancarkan di India tidak lama lagi pada anggaran harga jualan sekitar Rs.7,990 (kira-kira RM473).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend