Opensignal Dedah Perbezaan Capaian Rangkaian 4G Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar Untuk 5 Telco Tempatan Comments Off on Opensignal Dedah Perbezaan Capaian Rangkaian 4G Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar Untuk 5 Telco Tempatan

Hari ini Opensignal telah mendedahkan laporan perbezaan ketersediaan capaian rangkaian 4G untuk kawasan bandar dan luar bandar untuk lima telco utama di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan unifi.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan itu, Celcom didapati menawarkan ketersediaan rangkaian 4G yang paling tinggi untuk kawasan bandar yang memiliki populasi penduduk yang padat (kategori 4 dengan populasi melebihi 300 orang setiap kilometer persegi) iaitu mencecah 90.7%. Ini diikuti oleh Maxis (86.1%), unifi (84.4%), Digi (82.7%), dan U Mobile yang berada di kedudukan terakhir dengan hanya 74.5%.

Ketersediaan capaian rangkaian 4G untuk kawasan bandar dan luar bandar dengan telco tempatan.

Bahkan untuk kawasan luar bandar iaitu kategori 1 dengan populasi kurang 50 orang setiap kilometer persegi, Celcom dilihat masih menjanjikan ketersediaan capaian rangkaian 4G tertinggi iaitu 74.3%. Manakala unifi dan U Mobile masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 48.2% dan 40.6%.

Ketersediaan capaian rangkaian 3G dan 4G untuk kawasan bandar dan luar bandar dengan telco tempatan.

Opensignal juga turut mendedahkan laporan berhubung ketersediaan capaian rangkaian 3G dan 4G di kawasan bandar dan luar bandar, yang mana menyaksikan kelima-lima telco utama tempatan berjaya mencatatkan peratusan lebih daripada 90%.

sumber

Baca juga:

OpenSignal Berkongsi Prestasi Telco Tempatan – Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Atau Yes, Mana Lebih Baik?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend