OnePlus Umum Kemunculan OnePlus 6 Dalam Warna Merah Comments Off on OnePlus Umum Kemunculan OnePlus 6 Dalam Warna Merah

OnePlus hari ini secara rasmi telah mengumumkan kehadiran warna baharu iaitu merah untuk model OnePlus 6 untuk pasaran global. Pengumuman rasmi yang dibuat melalui blog OnePlus ini telah dibuat berikutan sambutan OnePlus 5T dalam warna Lava Red yang sangat menggalakkan.

Dikenali sebagai warna Red, OnePlus 6 dengan pilihan warna baharu ini masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dwi kamera 16 Megapiksel + 20 Megapiksel, dan ditawarkan dalam pilihan ruang storan 128GB dengan kapasiti RAM 8GB.

Dengan harga jualan yang sama, OnePlus 6 Red akan dijual bermula 10 Julai 2018 ini untuk pasaran global.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend