OnePlus Terpaksa Menggugurkan Penggunaan Nama ‘Dash Charge’ Gara-Gara Tidak Berjaya Menerima Tanda Dagangan Comments Off on OnePlus Terpaksa Menggugurkan Penggunaan Nama ‘Dash Charge’ Gara-Gara Tidak Berjaya Menerima Tanda Dagangan

Teknologi pengecasan pantas yang diperkenalkan oleh OnePlus iaitu Dash Charge sememangnya sangat pantas kerana ia menyokong output pengecasan maksimum sehingga mencecah 5V4A atau bersamaan dengan 20W. Tetapi apabila OnePlus mengumumkan model terbarunya OnePlus 6 baru-baru ini, OnePlus langsung tidak menyebut nama ‘Dash Charge’ sepanjang majlis pelancaran tersebut.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, OnePlus terpaksa menggugurkan penggunaan nama Dash Charge untuk standard pengecasan pantasnya itu berikutan kegagalannya untuk mendapatkan hak tanda dagangan. Ini berikutan terdapat dua lagi syarikat telah mencabar hak tanda dagangan untuk nama berkenaan.

Dua pencabar itu merupakan pengeluar audio tanpa wayar dikenali sebagai Bragi yang tampil dengan fon telinga Bluetooth iaitu Dash Pro, manakala pencabar kedua adalah Amazon dengan penggunaan nama Dash Replacement Service yang membolehkan peranti yang tersambung membuat tempahan barang dari Amazon apabila bekalan berkurangan.

Laman rasmi OnePlus dilihat turut menukarkan penggunaan nama ‘Dash Charge’ kepada ‘Fast Charge’.

Disebabkan oleh isu tanda dagangan ini, OnePlus telah menukarkan nama ‘Dash Charge’ kepada ‘Fast Charge’. Malah di dalam OxygenOS Open Beta juga turut memperlihatkan penukaran terma ‘Dash charging’ kepada ‘Charging rapidly’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend