OnePlus Mengacah Fluid Display 120Hz Dengan Sokongan Cip Kustom MEMC Comments Off on OnePlus Mengacah Fluid Display 120Hz Dengan Sokongan Cip Kustom MEMC

OnePlus telah memperkenalkan paparan Fluid AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz pada telefon pintar mercu sejak tahun lalu menerusi model OnePlus 7 Pro.

Teknologi yang digunakan juga telah melihatkan kelebihan yang ada padanya berbanding telefon pintar mercu lain di pasaran.

Pete Lau, CEO syarikat dalam ciapan terbaru telah berkongsi video pengenalan menunjukkan keupayaan Fluid Display 120Hz yang bakal digunakan pada telefon pintar seterusnya.

OnePlus menyatakan mereka telah mencipta cip kustom MEMC untuk menyokong paparan 120Hz itu. Melaluinya, video biasa 30fps boleh dinikmati dengan kadar bingkai sesaat yang lebih tinggi mencapai 120.

Sebelum itu, Pete Lau turut berkongsi video perbandingan antara paparan 60Hz (skrin biasa) dan 120Hz melalui Fluid Display yang terbaru. Rakaman diperlahankan kepada kelajuan 25% adalah untuk menunjukkan kelicinan skrin apabila ditatal.

Fluid Display 120Hz bakal diletakkan pada OnePlus 8 Pro. Peranti ini dijangka tiba dengan kamera depan berlubang, sistem kuadkamera belakang, disamping mengguna semula reka bentuk OnePlus 7 Pro.

Isi dalaman pula besar kemungkinan dikuasakan cipset Snapdragon 865, 12GB RAM, dan sistem operasi OxygenOS versi terbaru diatas Android 10.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend