
Mencipta rekod dunia bukanlah perkara yang mudah kerana individu atau kumpulan tersebut perlu melaksanakan misi mereka yang mana orang lain tidak mampu lakukan. Berbeza pula dengan OnePlus, pengeluar kecil China ini mengambil jalan mudah untuk mencipta rekod dunia, Guinness World Record dengan membuka kotak OnePlus 6T beramai-ramai secara serentak.
Pencapaian ini adalah lanjutan daripada pelancaran OnePlus 6T di India. Seramai 559 orang telah menyertai misi ini lantas menjadikan ia antara rekod yang terbaru dicatatkan pada bulan November.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengecam rekod yang berjaya diperoleh oleh OnePlus, mendakwa syarikat tersebut kini dalam kedudukan yang bahaya kerana ada jenama lain (Pocophone) yang lebih berbaloi untuk dimiliki.