OnePlus Bullets Wireless Mungkin Diperkenalkan Dalam Majlis Pelancaran OnePlus 6 Nanti Comments Off on OnePlus Bullets Wireless Mungkin Diperkenalkan Dalam Majlis Pelancaran OnePlus 6 Nanti

Pete Lau selaku CEO OnePlus sebelum ini telah mengesahkan bahawa model OnePlus 6 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung suku kedua tahun ini, dan ia dijangka berlangsung pada Jun nanti. Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, pelbagai maklumat berkaitan OnePlus 6 sudahpun berjaya didedahkan kepada umum.

OnePlus 6 menyokong paparan skrin dengan rekaan takuk.

Namun baru-baru ini satu lagi berita terbaru telah berjaya dibongkarkan oleh nashvillechatterclass berhubung aksesori baharu yang dijangka akan turut diumumkan serentak dengan majlis pelancaran OnePlus 6 nanti.

OnePlus Bullets V2 bakal digantikan dengan model baharu iaitu OnePlus Bullets Wireless.

Melalui laman Bluetooth Certification, aksesori fon telinga OnePlus Bullets V2 yang kini ada dijual secara rasmi di Malaysia bakal digantikan dengan model terbaru iaitu OnePlus Bullets Wireless (BT31B). Sebagaimana nama yang digunakannya, OnePlus Bullets Wireless kini boleh memberikan lebih kebebasan kepada pengguna kerana ia menawarkan rekaan tanpa wayar yang lebih selesa untuk dipakai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend