OnePlus Bullet Wireless Z Turut Diperkenalkan – Bateri Lebih Lama, Harga Lebih Berpatutan Comments Off on OnePlus Bullet Wireless Z Turut Diperkenalkan – Bateri Lebih Lama, Harga Lebih Berpatutan

Produk yang turut diperkenalkan bersama-sama OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 adalah OnePlus Bullet Wireless Z – fon telinga tanpa wayar versi ‘marhaen’ yang memiliki bateri tahan lama dan harga lebih kompetitif.

Daripada segi reka bentuk, Bullet Wireless Z mempunyai rupa yang hampir serupa dengan Bullet Wireless 2 yang telah diperkenalkan pada tahun lalu. Tetapi pada kali ini Wireless Z hadir dengan beberapa pilihan warna yang menarik untuk dipilih.

Spesifikasinya juga dilihat telah dipertingkatkan dimana Bullet Wireless Z menawarkan hayat bateri selama 20 jam untuk sekali pengecasan penuh – 6 jam lebih lama berbanding Wireless 2. Sementara pengecasan Warp Charge pula masih dikekalkan yang mana ia boleh memainkan muzik selama 10 jam dengan 10 minit pengecasan sahaja.

Ciri-ciri lain untuk Bullet Wireless Z ialah sokongan Bluetooth 5.0, kalis peluh IP55, kawalan magnetik, port USB-C, butang kawalan fizikal, mikrofon, dan berat 28g.

OnePlus Bullet Wireless Z dijual di negara A.S pada harga US$49.95 (~RM216) seunit iaitu separuh daripada harga Wireless 2 (S$99/RM429). Penawaran fon telinga ini dijangka tiba ke pasaran Malaysia bersama dua telefon mercu terbaru OnePlus.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend