OnePlus Beri Penjelasan Mengapa OnePlus 6T Tidak Menyokong LED Notifikasi, AOD, Dan Pengiktirafan IP Comments Off on OnePlus Beri Penjelasan Mengapa OnePlus 6T Tidak Menyokong LED Notifikasi, AOD, Dan Pengiktirafan IP

Antara telefon pintar yang diperkenalkan baru-baru ini, OnePlus 6T merupakan salah satu model yang mendapat perhatian banyak pihak. Walaupun ia boleh dianggap sebagai model penambahbaikan untuk model OnePlus 6, peminat jenama ini dilihat tidak begitu berpuas hati kerana ia tidak dilengkapi dengan ciri-ciri yang mereka inginkan.

Ketiadaan LED notifikasi pada OnePlus 6T ini juga disebabkan oleh sokongan rekaan takuk yang kecil.

Bagi menjawab segala persoalan daripada pengguna, OnePlus telah mengadakan sesi AMA (Ask Me Anything) melalui forum rasminya. Antara soalan yang mendapat perhatian adalah mengapa OnePlus 6T tidak menyokong LED notifikasi, dan menurut OnePlus ketiadaan fungsi itu tidak menjadi masalah kerana pengguna kini boleh terus mengangkat peranti mereka untuk melihat notifikasi.

Manakala keputusan untuk menyingkirkan fungsi AOD (Always-on-Display) pada OnePlus 6T juga telah dibuat berikutan ia menjadi salah satu penyebab pengurangan bateri. OnePlus berkata bahawa mereka akan sentiasa memberi keseimbangan antara praktikaliti fungsi dan juga penggunaan tenaga bateri.

Fungsi AOD yang sebelum ini disokong pada OnePlus 6T kini telah ditarik semula melalui penerimaan kemas kini terbaharu.

Apabila ditanya tentang ketiadaan pengiktirafan IP untuk ciri kalis air dan debu, OnePlus 6T telah direka untuk kesesuaian penggunaan harian dan bukannya untuk penggunaan ekstrem. Sungguhpun begitu, ia dikatakan masih mampu bertahan daripada percikan air ataupun terjatuh di dalam lopak air untuk tempoh singkat tanpa disengajakan.

Untuk melihat lebih banyak soal jawab berhubung OnePlus 6T, anda boleh membacanya di OnePlus 6T AMA.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend