OnePlus 8 Akan Dilancarkan Pada 14 April 2020 Comments Off on OnePlus 8 Akan Dilancarkan Pada 14 April 2020

Perkembangan mengenai telefon pintar yang terbaru daripada OnePlus tidak berhenti sejak beberapa minggu yang lalu. Hal ini disebabkan OnePlus akan melancarkan siri telefon mercu terbaru tidak lama lagi.

Menerusi ciapan terbaru OnePlus di Twitter, syarikat di bawah BBK Electronics ini telah menjadualkan pelancaran produk itu pada bulan hadapan iaitu pada 14 April 2020.

OnePlus kali ini tampil dengan slogan ‘Speed Is Coming’ dengan beberapa imej tumpu yang menyebut kepada ‘kuasa’, ‘segar’, dan ‘inovatif’. Selain itu, OnePlus turut memberi beberapa petunjuk yang mana peranti mereka akan hadir dengan fungsi antaranya seperti sokongan 5G dan paparan dengan kadar segar semula 120Hz.

Sudah pasti banyak lagi ciri-ciri menarik akan diperkenalkan pada hari pelancaran kelak. Jadi sama-sama kita nantikan!

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend