OnePlus 7T Pro Set Rasmi Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia – RM3399 Comments Off on OnePlus 7T Pro Set Rasmi Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia – RM3399 260

OnePlus 7T Pro akhirnya tiba ke pasaran tempatan oleh pembekal rasmi XianFeng Technology. Salah satu wakil penjual sah yang sudah menawarkan peranti ini kepada orang ramai ialah Satu Gadget melalui iklan mereka di Facebook sebentar tadi.

OnePlus 7T Pro didatangkan dengan satu varian sahaja iaitu 8GB RAM dan 256GB storan. Seperti yang kita tahu, peranti terbaru ini hadir dengan sistem operasi Android 10 yang dikuasakan cipset Snapdragon 855+ berserta bateri 4085mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T (23% lebih pantas daripada Warp Charge 30W) dan tiga kamera belakang 48MP + 8MP + 16MP diikuti kamera depan pop-naik 16MP.

OnePlus 7T Pro dikeluarkan dalam pilihan warna Haze Blue. Jadi, bagi yang mahukan warna lain, ini sahaja warna yang boleh anda dapatkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend