OnePlus 7T Pro Mclaren Edition Turut Rasmi, Menyertakan Sarung Peranti Kulit Alcantara Comments Off on OnePlus 7T Pro Mclaren Edition Turut Rasmi, Menyertakan Sarung Peranti Kulit Alcantara 282

OnePlus sering bekerjasama dengan Mclaren dalam menawarkan telefon pintar edisi terhad kepada pengguna. Bersama-sama dengan OnePlus 7T Pro, syarikat China ini juga turut melancarkan OnePlus 7T Pro Mclaren Edition.

Peranti edisi Mclaren ini hadir dengan kemasan warna hitam dengan jalur jingga pada bahagian keliling kerangka dan pada cincin kamera. Panel belakang pula terdapat corak urat kayu yang biasa digunakan pada papan pemuka kereta mewah. Selain itu terdapat logo Mclaren di bahagian bawah bagi menyerlahkan lagi keterampilan peranti.

This slideshow requires JavaScript.

 

Pakej pembelian peranti ini turut didatangkan dengan sarung peranti yang diperbuat daripada plastik tahan lasak. Ia juga dibalut dengan kulit alcantara yang sama digunakan pada bahagian dalaman kereta Mclaren. Untuk genggaman yang lebih mencengkam, kerangka ini juga menganakan kemasan gentian karbon di bahagian tepi.

Atas kertas, OnePlus 7T Pro Mclaren Edition hadir dengan spesifikasi yang sama seperti OnePlus 7T Pro tetapi dengan kapasiti memori yang lebih besar iaitu 12GB RAM. Selain itu, antaramuka juga menggunakan tema Mclaren yang dapat memberikan inspirasi kelajuan kepada pengguna.

Peranti edisi terhad ini dijual pada harga €860 (~RM3966) di Eropah dan akan menembusi pasaran India dengan harga INR58,999 (~RM3486) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend