OnePlus 7T Pro Mclaren Edition Akan Hadir Ke Pasaran Tidak Lama Lagi Comments Off on OnePlus 7T Pro Mclaren Edition Akan Hadir Ke Pasaran Tidak Lama Lagi 151

OnePlus 7T telah dilancarkan pada penghujung bulan lalu dan ia hadir dengan tingkat taraf yang signifikan terutamanya pada rekaan belakang peranti. Model terbaru ini mengenakan susunan lensa secara mendatar berbanding menegak pada model OnePlus 7 / 7 Pro.

Selain daripada itu, OnePlus turut menyertakan cip pemproses yang terkini menerusi Qualcomm Snapdragon 855+ dan sistem operasi OxygenOS 10 berasaskan Android 10 yang mana generasi terdahulu tidak menyokongnya.

Terkini, menurut perkongsian Pete Lau di laman Twitter, beliau nampaknya telah mengacah sebuah peranti terbaru yang dipercayai OnePlus 7T Pro Mclaren Edition – model edisi terhad eksklusif dari syarikat pengeluar kenderaan berprestasi tinggi.

OnePlus 7T Pro Mclaren Edition mungkin didatangkan dengan paparan 6.67-inci QHD+ melengkung dengan sokongan 90Hz, diikuti pemproses Snapdragon 855+ bersama memori 12GB RAM dan 256GB storan. Kamera belakang mengenakan konfigurasi 48MP + 16MP ultralebar + 8MP telefoto dengan sokongan 3x zum optikal serta kamera depan jenis pop-naik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend