OnePlus 7T Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Kamera Pop-naik Comments Off on OnePlus 7T Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Kamera Pop-naik 256

OnePlus 7T telah diperkenalkan pada penghujung bulan lalu dan hari ini OnePlus 7T Pro pula diumumkan secara rasmi. Versi Pro ini mirip seperti versi Pro generasi terdahulu iaitu OnePlus 7 Pro.

OnePlus 7T Pro dikuasakan cip pemproses Snapdragon 855+ dengan paparan Fluid AMOLED 6.67-inci, sedikit besar daripada OnePlus 7T tetapi masih kekal menyokong kadar segar semula 90Hz dan HDR10+. Untuk bateri, ia dibekalkan kapasiti sebesar 4085mAh dengan sokongan pengecasan Warp Charge 30T yang dikatakan 23% lebih pantas daripada pengecasan 30W.

Pada bahagian kamera, OnePlus 7T Pro mengenakan konfigurasi sensor 48MP (utama) + 8MP (telefoto) + 16MP (ultralebar) serta kamera depan pop-naik 16MP. Peranti ini menyertakan memori 8GB RAM dan storan jenis UFS 3.0 seluas 128GB atau 256GB.

OnePlus 7T Pro dikeluarkan dalam pilihan warna Haze Blue sekaligus boleh membezakannya dengan peranti OnePlus 7 Pro. Selain itu kedudukan LED flash kini diletakkan di sebelah lensa dan bukan di bawah.

OnePlus 7T Pro ditawarkan di Eropah minggu hadapan pada harga €760 (~RM3509) dan dikhabarkan bakal memasuki pasaran India dengan tanda harga INR53,999 (~RM3184).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend