OnePlus 7T Pro Catat Skor 114 Poin Di DXOMARK, Lebih Baik Berbanding Galaxy S10+ Dan Pixel 4 Comments Off on OnePlus 7T Pro Catat Skor 114 Poin Di DXOMARK, Lebih Baik Berbanding Galaxy S10+ Dan Pixel 4

DXOMARK baru-baru ini telah menyenaraikan OnePlus 7T Pro di dalam senarai DXOMARK Camera dengan memperolehi skor sebanyak 114 poin, iaitu lebih baik berbanding Galaxy S10+ dan juga Pixel 4 yang masing-masing mencatatkan 113 poin dan 112 poin.

Berada di kedudukan ke-13, OnePlus 7T Pro dilihat telah berkongsi skor yang sama dengan OnePlus 7 Pro. Bahkan ia turut mencatatkan skor rakaman gambar statik yang sama iaitu sebanyak 122 poin. Namun begitu, skor rakaman video OnePlus 7T Pro dilihat sedikit lebih rendah iaitu 96 poin, berbanding 98 poin pada OnePlus 7 Pro.

Sebagai rujukan, OnePlus 7T Pro telah dikuasakan dengan cipset Snadpragon 855+, dan didatangkan dengan sokongan tiga kamera utama beresolusi 48MP (f/1.6) + 16MP (Ultra Wide, f/2.2) + 8MP (Telephoto, f/2.4).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend