OnePlus 7T Dipercayai Sokong Skrin Bertakuk Kecil Dan Tiga Kamera Dengan Rekaan Bulat Comments Off on OnePlus 7T Dipercayai Sokong Skrin Bertakuk Kecil Dan Tiga Kamera Dengan Rekaan Bulat 158

Baru-baru ini @OnLeaks dengan kerjasama portal Pricebaba telah mendedahkan imej dan juga video pengolokan yang dipercayai akan diperkenalkan pada model terbaharu OnePlus 7T. Malah telefon pintar baharu daripada OnePlus ini juga dijangka akan dilancarkan secara rasmi serentak dengan OnePlus TV pada 26 September nanti.

Berbeza dengan rekaan OnePlus 7 dan 7 Pro, varian lebih tinggi OnePlus 7T didakwa akan menampilkan sentuhan panel belakang yang lebih berbeza dengan rekaan permukaan kamera berbentuk bulat. Manakala bahagian skrinnya pula mungkin sedikit mengecewakan kerana ia memperkenalkan rekaan takuk kecil dan bukannya skrin penuh seperti sebelum ini.

Walaupun spesifikasi OnePlus 7T masih lagi belum diketahui, khabar angin berpendapat ia akan menyokong skrin berukuran 6.5 inci FHD+ Optic AMOLED, dikuasakan dengan Snapdragon 855 Plus, RAM sehingga 8GB, dan juga ruang storan sehingga 256GB. Keupayaan penggambarannya pula dijangka akan turut hadir dengan lensa Ultra Wide Angle dan juga Telephoto.

sumber

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend