OnePlus 7T, 7T Pro Dan 7T Pro McLaren Edition Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,599 Comments Off on OnePlus 7T, 7T Pro Dan 7T Pro McLaren Edition Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,599 224

Peminat jenama OnePlus sebelum ini sudahpun boleh membeli model terbaharu OnePlus 7T Pro secara rasmi di negara ini pada 25 Oktober 2019. Dijual pada harga RM3,399, OnePlus 7T Pro varian 8GB + 256GB yang ditawarkan dalam warna Haze Blue ini sudahpun habis dijual.

Melalui perkongsian daripada sumber yang boleh dipercayai, XianFeng Technology dilaporkan telahpun mengumumkan ketersediaan pra-tempah untuk model OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan juga OnePlus 7T Pro McLaren Edition yang boleh dibuat melalui penjual tempatan bermula hari ini (29 Oktober 2019).

OnePlus 7T (8GB + 128GB) berharga RM2,599 akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Glacier Blue atau Frosted Silver, manakala OnePlus 7T Pro (8GB + 256GB) berharga RM3,399 pula hanya ditawarkan dalam warna Haze Blue, dan OnePlus 7T Pro McLaren Edition (12GB + 256GB) pula dijual pada harga RM3,899.

OnePlus 7T Pro Mclaren Edition

Setiap pembelian OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan OnePlus 7T Pro McLaren Edition akan turut didatangkan dengan jaminan waranti selama 2 tahun.

Baca juga:

OnePlus 7T Pro Set Rasmi Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia – RM3399

OnePlus 7T Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855 Plus, OxygenOS 10 Dan Skrin Fluid AMOLED 90Hz

OnePlus 7T Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Kamera Pop-naik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend