OnePlus 7 Pro Mengatasi Jualan Samsung Galaxy S10+ Di China, Melebihi 10-Kali Ganda Comments Off on OnePlus 7 Pro Mengatasi Jualan Samsung Galaxy S10+ Di China, Melebihi 10-Kali Ganda 377

Telefon pintar keluaran Samsung mula kurang mendapat sambutan di China gara-gara harga dan ketersediaan telefon pintar China itu sendiri. Hal ini juga telah membuatkan telefon pintar OnePlus berjaya meraih perhatian pengguna di sana ketika ini.

Spesifikasi yang hebat menerusi paparan berteknologi tinggi yang terdapat pada OnePlus 7 Pro membuatkan ramai pengguna di sana tidak melepaskan peluang mendapatkan peranti tersebut.

Laporan terbaru yang diperolehi melalui kicauan @universelce, memaklumkan penjualan OnePlus 7 Pro telah melonjak naik dan berjaya menandingi penjualan telefon pintar mercu, Samsung Galaxy S10+. Melihat pada angka, penjualan telefon pintar keluaran China itu telah melebihi 250,000 unit sementara telefon pintar keluaran syarikat Korea Selatan itu hanya 23,266 unit setakat semalam.

Pemilik akaun Twitter ini berpendapat antara faktor yang membuatkan OnePlus 7 Pro ini ‘laku’ adalah daripada segi teknologi paparannya.

Di China, pengguna lebih gemar mendapatkan skrin beresolusi tinggi untuk memainkan permainan mudah alih malah kadar segar semula yang tinggi juga salah satu kelebihan yang dicari.

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999

OnePlus 7 Pro Dilancarkan Dengan Paparan 6.67″ 90Hz, Tri-Kamera 48MP, Warp Charge 30W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend