OnePlus 7 Pro Mencatatkan Skor ‘Multi-Core’ Cecah 11,000 Dalam Ujian Penanda Aras Geekbench Comments Off on OnePlus 7 Pro Mencatatkan Skor ‘Multi-Core’ Cecah 11,000 Dalam Ujian Penanda Aras Geekbench

Berdasarkan kepada keputusan ujian penanda aras yang telah dikongsikan oleh Geekbench, sebelum ini hanya iPhone sahaja yang berjaya mencatatkan skor ‘multi-core’ cecah lebih 11,000 poin.

Terdapat tiga warna telah disahkan akan ditawarkan untuk OnePlus 7 Pro.

Tetapi melalui perkongsian terbaharu, OnePlus 7 Pro juga kini dilihat telah mampu mencatatkan skor setanding iPhone apabila baru-baru ini ia telah berjaya mencatatkan skor sebanyak 11,012 poin. Walau bagaimanapun OnePlus bukanlah peranti Android yang terawal berjaya mencatatkan skor melebihi 11,000, kerana Nubia Red Magic 3 dan Black Shark 2 juga sebelum ini berjaya memperolehi skor melebihi 11,000 poin.

Melalui pendedahan Geekbench itu, OnePlus 7 Pro tampil menggunakan kod nama ‘OnePlus GM1917’. Antara spesifikasi yang disokongnya termasuklah RAM berkapasiti 12GB, dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, dan juga dioperasikan oleh Android 9.0 Pie.

OnePlus 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi di beberapa buah negara secara serentak iaitu New York, London, Bangalore dan juga Beijing pada 14 Mei ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend