OnePlus 7 Pro Disahkan Menyokong Teknologi Paparan Baharu Dengan Rangkaian 5G Comments Off on OnePlus 7 Pro Disahkan Menyokong Teknologi Paparan Baharu Dengan Rangkaian 5G

Melalui temu ramah eksklusif antara TheVerge dengan CEO OnePlus iaitu Pete Lau, beliau dikatakan telah mengesahkan kesahihan beberapa berita ketirisan tentang OnePlus 7 Pro yang berlegar di Internet sebelum ini.

Bahkan melalui perkongsian di Twitter, Pete Lau turut mendedahkan bahawa OnePlus 7 Pro bakal membawakan teknologi baharu untuk paparan skrin yang akan digunakannya. Malah beliau turut memaklumkan bahawa teknologi paparan itu telah dibangunkan khusus untuk peranti mercunya itu dan teknologi ini mencatatkan kos tiga kali ganda lebih mahal berbanding paparan skrin peranti mercu yang lain.

Walaupun tidak mendedahkan teknologi paparan yang akan diperkenalkan, beberapa ketirisan berita telah memaklumkan bahawa OnePlus 7 Pro dipercayai akan menggunakan panel melengkung Super AMOLED beresolusi 2K (QHD+) yang dihasilkan oleh Samsung. Lebih menariknya ia juga dikatakan menyokong kadar segar semula 90Hz sama seperti ASUS ROG Phone.

Perkara ini telah disahkan lagi melalui perkongsian video acah rasmi yang dikongsikan oleh Pete Lau dengan menampilkan slogan ‘Fast and Smoooth’. Penggunaan tiga huruf ‘o’ pada perkataan ‘smooth’ yang dipercayai merujuk kepada kadar segar semula skrin 90Hz berbanding hanya 60Hz (merujuk kepada dua huruf ‘o’). Selain itu, rekaan imej yang samar-samar itu juga jelas memperlihatkan sokongan skrin melengkung.

Ketirisan imej sarung pelindung Olixar untuk model OnePlus 7 Pro.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh peniris berita terkenal iaitu Max J. melalui tweet terbaharunya, spesifikasi OnePlus 7 Pro dan juga OnePlus 7 juga turut didedahkan.

Ketirisan spesifikasi OnePlus 7 Pro:

  • 5G
  • 6.7 inci Curved Super AMOLED (3120 x 1440 piksel), 90Hz
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB + 128GB, 8GB + 256GB, 12GB + 256GB (UFS 3.0)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.6, OIS + EIS) + 8MP (f/2.4, 3x zum optikal) + 16MP (f/2.2, 117°)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • 4000 mAh (30W Warp Charge)
  • Pengimbas cap jari dalam skrin
  • Pilihan warna: Blue, Grey, Brown

Ketirisan spesifikasi OnePlus 7:

  • 6.4 inci (2340 x 1080 piksel)
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB + 128GB, 8GB + 256GB
  • Kamera utama: 48MP (f/1.7) + 5MP (Depth sensor)
  • 3700 mAh (20W Warp Charge)

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend