OnePlus 7 Pro Dipercayai Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mei 2019 Nanti Comments Off on OnePlus 7 Pro Dipercayai Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mei 2019 Nanti 390

Berdasarkan daripada perkongsian yang dibuat oleh pemilik akaun Twitter dikenali sebagai @ishanagarwal24 yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan. OnePlus dipercayai akan melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu model OnePlus 7 secara rasmi pada 14 Mei 2019 nanti.

Walaupun tiada gambar OnePlus 7 Pro yang berjaya didedahkan, imej acah yang tertiris itu hadir dengan slogan ‘Go Beyond Speed’ yang berkemungkinan besar merujuk kepada penggunaan cipset dan juga teknologi pengecasan pantasnya. Manakala perkataan di dalam bahasa Cina itu pula merujuk kepada keupayaan penggambarannya.

Imej pengolokan OnePlus 7 yang dipercayai akan dilancarkan bersama-sama dengan OnePlus 7 Pro.

Buat masa ini hanya ketirisan spesifikasi model OnePlus 7 sahaja berjaya diperolehi iaitu Qualcomm Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB, bateri 4000 mAh dengan OnePlus Dash Charging 44W, skrin 6.41 inci AMOLED, kamera depan 16MP (f/1.9), dan juga tiga kamera beresolusi 48MP + 20MP + 5MP.

Baca juga:

Video Pengolokan OnePlus 7 Memperlihatkan Rekaan Dan Juga Spesifikasi Berasaskan Ketirisan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend