OnePlus 7 Pro Dilancarkan Dengan Paparan 6.67″ 90Hz, Tri-Kamera 48MP, Warp Charge 30W Comments Off on OnePlus 7 Pro Dilancarkan Dengan Paparan 6.67″ 90Hz, Tri-Kamera 48MP, Warp Charge 30W 148

OnePlus 7 Pro akhirnya dilancarkan secara rasmi di peringkat global dengan sejumlah ciri terbaru dan rekaan semula daripada segi paparan, kamera, dan audio berbanding generasi terdahulu.

OnePlus 7 Pro tampil dengan teknologi paparan serba baharu yang dinamakan Fluid AMOLED. Ia berukuran 6.67-inci beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Selain antaramuka UI yang licin, paparan ini juga menyokong warna yang lebih jitu menerusi teknologi HDR10+.

Kali ini OnePlus telah membuang takuk pada skrin dan mengalihkan kamera depan ke dalam kerangka badan peranti. Kamera terangkat seakan Vivo V15 ini menawarkan sensor 16MP yang mana ianya akan diturunkan sekiranya peranti mengesan sebarang hentakan. Menurut OnePlus, kamera depan ini mampu bertahan sehingga lebih 300,000 kali kitaran.

OnePlus 7 Pro merupakan telefon pintar pertama OnePlus yang hadir dengan sistem tri-kamera belakang. Kamera utama mengenakan sensor Sony IMX586 48MP dengan bukaan f/1.6 berserta OIS dan EIS. Ciri UltraShot pula membolehkan HDR+ menangkap sehingga 4x lebih banyak cahaya bagi menghasilkan gambar yang lebih terperinci. Sementara dua kamera lagi menggunakan sensor 8MP telefoto f/2.4 yang berupaya mengezum sehingga 3x dan sensor ultra lebar seluas 117-darjah. Kamera belakang ini menawarkan sokongan rakaman video 4K/60fps dan gerak perlahan 1080p/240fps dan 720p/480fps.

Daripada segi keselamatan pula, OnePlus telah meletakkan pengimbas cap jari dalam skrin generasi ke-3 pada peranti. Mereka mengatakan melalui teknologi terbaru ini peranti mampu dinyahkunci lebih pantas berbanding OnePlus 6T. Untuk audio, OnePlus telah bekerjasama dengan Dolby bagi memberikan pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Dengan dua pembesar suara di atas dan di bawah, sekali lagi bicu audio 3.5mm tidak disertakan pada peranti ini.

OnePlus 7 Pro dikuasakan cipset Qualcomm Snapdragon 855 bersama sistem penyejukan 10-lapis vapor chamber. Ia turut digandingkan bersama memori RAM sehingga 12GB dan 256GB keluasan storan yang mana varian asas hadir dengan 6GB/128GB.

Daripada segi bateri pula, kapasiti yang diberikan adalah sebesar 4,000mAh. Menariknya, ia boleh dicas dengan sangat pantas menerusi teknologi Warp Charge 30W (5V/6A). Teknologi ini juga direka untuk mengurangkan haba semasa pengecasan serta membolehkan pengguna bermain permainan mudah alih pada masa yang sama.

Didatangkan dengan tiga pilihan warna Mirror Gray, Nebula Blue, dan Almond, OnePlus 7 Pro ditawarkan di pasaran A.S. melalui T-Mobile pada harga bermula $670 (~RM2,797) untuk 6GB/128GB, $700 (~RM2,921) untuk 8GB/256GB, dan $750 (~RM3,1,30) untuk varian teratas 12GB/256GB.

melalui

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Catat Skor 111 Dalam DxOMark, Hanya Satu Mata Di Bawah P30 Pro Dan Galaxy S10 5G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend