OnePlus 7 Dan OnePlus 7 Pro Mula Terima Kemas Kini OxygenOS 10 Versi Stabil Berasaskan Android 10 Comments Off on OnePlus 7 Dan OnePlus 7 Pro Mula Terima Kemas Kini OxygenOS 10 Versi Stabil Berasaskan Android 10 185

OnePlus sebelum ini sudahpun mengumumkan ketersediaan program OxygenOS Open Beta 1 berasaskan Android 10 untuk pengguna OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro pada 3 September 2019 yang lepas, serentak dengan penerimaan kemas kini Android 10 versi stabil untuk peranti Pixel.

Selepas lebih kurang tiga minggu program versi beta itu diuji oleh pemilik OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro, baru-baru ini Manu J sealaku Pengurus Operasi Produk Global OnePlus telah mengumumkan bahawa kemas kini OxygenOS 10 versi stabil sudahpun boleh dimuat turun oleh pemilik kedua-dua model tersebut.

Berdasarkan log perubahan untuk kemas kini berasaskan Android 10 itu, OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro akan menerima pembaharuan antaramuka, kebenaran lokasi yang dipertingkatkan untuk privasi, kawalan skrin penuh untuk navigasi, peralihan aplikasi pantas menggunakan bar di bawah skrin yang mirip seperti iPhone X, Game Space dan banyak lagi.

Buat masa ini ketersediaan kemas kini OxygenOS 10 akan dilepaskan kepada segelintir pengguna terpilih. Namun sekiranya tiada sebarang isu dilaporkan, kemas kini itu akan diberikan secara lebih meluas secara berperingkat-peringkat.

melalui, sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend