OnePlus 6T Mungkin Sekadar Menerima Rekaan Baharu Dengan Mengekalkan Pemproses Snapdragon 845 Comments Off on OnePlus 6T Mungkin Sekadar Menerima Rekaan Baharu Dengan Mengekalkan Pemproses Snapdragon 845

Sama seperti generasi sebelum ini, OnePlus sebelum ini telah dilaporkan akan hadir dengan model terbarunya iaitu OnePlus 6T yang dipercayai akan diperkenalkan pada bulan Oktober nanti. Perkara ini telah disahkan lagi selepas model yang tampil dengan label OnePlus A6013 baru-baru ini telah menerima pelepasan daripada EEC (Suruhanjaya Ekonomi Eurasian).

Melalui ketirisan berita yang tersebar sebelum ini, OnePlus 6T dipercayai menggunakan rekaan baharu yang memperlihatkan takuk pada skrin yang lebih kecil mirip seperti OPPO F9. Berdasarkan laporan terdahulu, OnePlus 6T akan dijual secara eksklusif oleh T-Mobile untuk pasaran Amerika Syarikat.

Rekaan takuk pada OnePlus 6T kini tampil lebih kecil.

OnePlus 6T juga dikatakan akan turut dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, sama seperti model OnePlus 6 sebelum ini. Apa yang pasti, ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana OnePlus 5T juga merupakan versi peningkatan untuk OnePlus 5 yang lebih memfokuskan kepada rekaan kosmetik berbanding spesifikasi.

Rekaan konsep OnePlus 6T yang tertiris.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend