OnePlus 6T McLaren Edition Tampil Dengan Warp Charge 30, 10GB RAM Comments Off on OnePlus 6T McLaren Edition Tampil Dengan Warp Charge 30, 10GB RAM

Kerjasama terbaru OnePlus dengan pengeluar kenderaan sukan, McLaren kali ini tampil dengan Onelus 6T McLaren Edition. Peranti ini hadir dengan memori dalaman 10GB RAM dan 256GB storan bersama ciri Warp Charge 30. Berbanding Dash Charge, Warp Charge merupakan teknologi pengecasan pantas berkuasa 30W yang terbaru.

Pada bahagian luaran, badan OnePlus 6T McLaren Edition dibina berasaskan gelas berwarna hitam. Jalur jingga yang menjadi warna rasmi McLaren juga boleh dilihat dari sudut yang tertentu jika peranti dipusingkan. Ia juga mengenakan kemasan gentian karbon bersama cetakan McLaren di permukaan panel belakang.

Atas kertas, peranti ini dikuasakan cipset Snapdragon 845 dan membawakan sistem dwi kamera 16MP f/1.7 dan kamera swafoto 16MP f/2.0. Menerusi teknologi pengecasan pantas terbaru, bateri berkapasiti 3,700mAh ini boleh dipenuhkan dalam tempoh sekitar satu jam.

Peranti ini menawarkan sistem nyahkunci melalui imbasan cap jari dalam skrin. Melengkapkan peranti, OnePlus 6T McLaren Edition hadir dengan skrin 6.41-inci Optic AMOLED beresolusi FHD+. Ia akan dijual bermula 13 Disember ini pada harga USD699 (~RM2,924) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend