OnePlus 6T McLaren Edition Berharga Kurang RM3000 Kini Boleh Dimiliki Comments Off on OnePlus 6T McLaren Edition Berharga Kurang RM3000 Kini Boleh Dimiliki

Jika Huawei bersama Porsche, Oppo pula dengan Lamborghini. Kerjasama dengan jenama kereta mewah telah menjadi sohor kini selepas Honor turut melantik Audi sebagai rakan pengeluar. Terbaru, kita telah diperkenalkan pula dengan OnePlus 6T McLaren Edition, peranti yang menerima sentuhan eksklusif daripada pengeluar kereta sukan mewah berasal dari British.

Baca juga: OnePlus 6T McLaren Edition Tampil Dengan Warp Charge 30, 10GB RAM

Kami boleh katakan setiap peranti dengan logo kereta mewah ini telah dijual pada harga yang tidak masuk akal (itu tidak termasuk edisi Vertu-Ferrari). Namun begitu untuk OnePlus 6T McLaren Edition, pengguna di Malaysia kini sudah mampu untuk memilikinya pada harga yang berpatutan.

Penjual tempatan, Satu Gadget Sdn. Bhd dilihat menawarkan peranti ini pada harga RM2949 seunit – lebih murah berbanding harga pasaran. Peranti ini didatangkan dengan kotak dan sarung pelindung gentian karbon, palam kuasa dan kabel Warp Charge 30, emblem McLaren buatan tangan, serta buku bercetak eksklusif.

Spesifikasi

  • Optic AMOLED 6.41-inci FHD+
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • Android 9.0 Pie + Oxygen OS 9
  • 10GB + 256GB
  • Dwi kamera utama 20MP + 16MP
  • 3700mAh Warp Charge 30 (5V/6A)
  • USB Type-C, Bluetooth 5.0, Corning Gorilla Glass 6
  • 185g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend