OnePlus 6T Kini Tampil Dengan Pilihan Warna Baharu Thunder Purple Comments Off on OnePlus 6T Kini Tampil Dengan Pilihan Warna Baharu Thunder Purple

OnePlus telah melancarkan OnePlus 6T Thunder Purple di sebuah acara yang berlangsung di China hari ini lantas menjadikan ia peranti warna cerun pertama OnePlus pernah hasilkan. Sebelum ini OnePlus lebih tertumpu pada warna-warna solid namun disebabkan sohor kini warna cerun telah dimulakan oleh Huawei, kini tiba giliran syarikat kecil ini pula.

Tiada tambahan perkakasan di buat pada bahagian dalaman, OnePlus 6T Thunder Purple hadir dengan varian yang sama seperti sebelum ini tetapi dalam satu pilihan memori sahaja iaitu 8GB RAM dan 128GB storan. Tanda harganya pula masih kekal sama iaitu CNY4,778 (~RM2888) seunit. Tiada warna putih ditawarkan buat masa ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend