OnePlus 6T Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on OnePlus 6T Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Bertempat di New York, OnePlus akhirnya telahpun melancarkan model OnePlus 6T secara rasmi. Berbeza dengan model OnePlus 6 yang sebelum ini diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu, OnePlus 6T menampilkan beberapa penambahbaikan pada rekaan fizikal dan juga spesifikasinya.

OnePlus 6T kini menawarkan saiz skrin Optic AMOLED yang lebih besar berukuran 6.41 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan rekaan takuk yang lebih kecil. Lebih istimewanya, sensor pengimbas cap jari fizikal yang sebelum ini ditempatkan pada panel belakang OnePlus 6 juga turut disingkirkan dan kini digantikan dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin.

Rekaan takuk kecil pada OnePlus 6T telah tersedia dengan kamera swafoto beresolusi 16MP (f/2.0) daripada Sony IMX371, yang turut menyokong ciri EIS (penstabilan imej elektronik) dan rakaman video FHD 30fps. Manakala panel belakangnya menempatkan dwi kamera beresolusi 16MP (f/1.7, Sony IMX519) + 20MP (f/1.7).

Sama seperti generasi sebelum ini, OnePlus 6T masih dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, tetapi kini ia dioperasikan oleh OxygenOS berasaskan Android 9.0 Pie. Selain itu ia juga menyokong bateri berkapasiti 3700 mAh dengan keupayaan pengecasan pantas.

OnePlus 6T kini tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Mirror Black atau Midnight Black, dan ia kini tidak lagi ditawarkan dalam storan 64GB. Malah ia juga tidak lagi menyokong bicu audio 3.5mm yang sebelum ini mendapat kritikan daripada peminat jenama ini, tetapi setiap pembelian akan turut menerima adapter USB-C ke 3.5mm dan juga fon telinga Bullets Type-C dengan sokongan DAC secara percuma.

Harga jualan OnePlus 6T:

  • 6GB + 128GB – USD549 (kira-kira RM2,295)
  • 8GB + 128GB – USD579 (kira-kira RM2,420)
  • 6GB + 256GB – USD629 (kira-kira RM2,630)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend