OnePlus 6T Dengan Sokongan Android 9.0 Pie Catat Skor AnTuTu Melebihi 297,000 Poin Comments Off on OnePlus 6T Dengan Sokongan Android 9.0 Pie Catat Skor AnTuTu Melebihi 297,000 Poin

Sebelum ini OnePlus telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan OnePlus 6T sehari lebih awal iaitu pada 29 Oktober nanti. Keputusan ini terpaksa diambil bagi mengelakkan pertembungan hari pelancaran serentak dengan Apple iPad pada 30 Oktober.

Apa yang menariknya baru-baru ini AnTuTu telah mendedahkan skor yang berjaya dicatatkan oleh OnePlus 6T yang tampil dengan nombor model A6013. Melalui sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM berkapasiti 8GB dan juga dioperasikan dengan Android 9.0 Pie, ia telah berjaya mencatatkan skor mencecah 297,312 poin di AnTuTu.

Skor yang berjaya dicatatkan oleh OnePlus 6T ini nampaknya berjaya mengatasi skor yang dicatatkan oleh Xiaomi Black Shark yang sebelum ini menerajui takhta AnTuTu sebagai telefon pintar Android terbaik dengan skor 293,009. Diikuti oleh Meizu 16th dengan skor 292,000 dan juga ASUS ROG Phone yang mencatatkan skor 291,217.

Harga Jualan, Pilihan Warna Dan Varian OnePlus 6T Kini Tertiris Sebelum Dilancarkan Pada 30 Oktober Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend