OnePlus 6 Mula Menerima Kemas Kini OxygenOS 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie Comments Off on OnePlus 6 Mula Menerima Kemas Kini OxygenOS 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie

Setelah model Google Pixel dan Essential Phone menjadi yang terawal menerima kemas kini Android 9.0 Pie, kini tiba pula giliran OnePlus 6 menerima kemas kini terbaharu ini. Walau bagaimanapun ketersediaan kemas kini Android Pie ini dikatakan akan diberikan secara berperingkat-peringkat kepada pemilik peranti tersebut.

Dengan saiz fail kemas kini yang agak besar iaitu mencecah sehingga 1.5GB ini, terdapat empat penambahbaikan ataupun pembaharuan yang diperkenalkan iaitu seperti berikut:

Peningkatan sistem ke Android 9.0 Pie:

  • antaramuka baharu Android Pie
  • sokongan fungsi Adaptive Battery
  • navigasi kawalan menggunakan kaedah leretan pada skrin
  • keselamatan sistem Android untuk bulan September 2018
  • penambahbaikan sistem dan fungsi

Mod Do Not Disturb:

  • mod DND baharu dengan keupayaan untuk mengubah tetapan

Mod Gaming 3.0:

  • mod penerimaan notifikasi teks baharu
  • tambahan notifikasi panggilan pihak ketiga

Warna aksen:

  • sokongan penyesuaian warna aksen
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend