OnePlus 6 Mencatatkan Skor DxOMark Lebih Baik Berbanding iPhone 8 Plus Dan Samsung Galaxy Note 8 Comments Off on OnePlus 6 Mencatatkan Skor DxOMark Lebih Baik Berbanding iPhone 8 Plus Dan Samsung Galaxy Note 8

Dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan Mei 2018 yang lalu, akhirnya keputusan skor prestasi penggambaran OnePlus 6 telah mula dikongsikan kepada umum oleh DxOMark. Dengan mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 96 poin, keupayaan penggambaran OnePlus 6 dilihat lebih baik berbanding pencabar terdekatnya iaitu iPhone 8 Plus dan juga Samsung Galaxy Note 8 yang masing-masing mencatatkan skor sebanyak 94 poin.

Dari segi keupayaan penggambaran imej statik, OnePlus 6 telah berjaya memungut sebanyak 100 poin menyamai skor yang diperolehi oleh Samsung Galaxy Note 8. Malah ia dilihat berjaya mengatasi keupayaan penggambaran imej statik iPhone 8 Plus yang hanya mencatatkan skor sebanyak 96 poin sahaja. Sungguhpun begitu, OnePlus 6 menerima skor 87 poin untuk prestasi rakaman video berbanding 89 poin yang dicatatkan oleh iPhone 8 Plus.

OnePlus 6 dilihat masih tidak mampu mengatasi keupayaan penggambaran peranti yang lebih lama seperti Google Pixel 2 dan Huawei Mate 10 Pro.

OnePlus 6 menyokong dwi kamera dengan konfigurasi lensa utama beresolusi 16 Megapiksel dengan aperture f/1.7 serta teknologi penstabilan imej optikal (OIS). Manakala lensa keduanya pula hadir menyokong resolusi 20 Megapiksel dengan aperture f/1.7 yang digunakan untuk mendapatkan efek bokeh serta zum digital yang telah dipertingkatkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend