OnePlus 6 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Paparan Skrin 6.28 Inci Dan Panel Belakang Kaca Comments Off on OnePlus 6 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Paparan Skrin 6.28 Inci Dan Panel Belakang Kaca

OnePlus telah memperkenalkan model terbaru keluarannya iaitu OnePlus 6 secara rasmi melalui majlis pelancarannya yang berlangsung di London. Berbeza dengan generasi sebelum ini, OnePlus 6 telah memperlihatkan rekaan yang telah diperbaharui dengan sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan.

Buat pertama kalinya, OnePlus telah memperkenalkan rekaan skrin bertakuk sebesar 6.28 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel) dengan paparan Optic AMOLED. Memandangkan ada di antara pengguna masih belum boleh menerima rekaan sebegini, OnePlus telah menyediakan fungsi khas untuk pengguna menyembunyikan bahagian takuk dengan memaparkan bar hitam pada bahagian tersebut.

Selain paparan skrin, bahagian panel belakang OnePlus 6 juga turut mengembalikan rekaan panel belakang kaca seperti model OnePlus X yang pernah diperkenalkan pada tahun 2015. Bahagian ini turut menempatkan dwi kamera utama beresolusi 16 Megapiksel + 20 Megapiksel dengan bantuan teknologi penstabilan OIS dan juga keupayaan rakaman video 4K 60fps. Sungguhpun begitu, agak mengecewakan kerana ia tidak dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

OnePlus 6 menyokong fungsi kalis percikan air.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, OnePlus sering menawarkan sokongan spesifikasi terbaik pada peranti keluarannya dan ini tidak terkecuali dengan model OnePlus 6. Ia telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dioperasikan oleh antaramuka asal Android 8.1 Oreo, kamera hadapan 16 Megapiksel, bateri berkapasiti 3300 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 5V4A, dan juga disediakan dengan Gaming Mode yang berupaya memastikan kelancaran ketika bermain.

Tiga warna boleh dipilih iaitu Mirror Black, Midnight Black dan juga edisi terhad Silk White.

OnePlus 6 akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Mirror Black, Midnight Black dan juga edisi terhad Silk White. Ia akan mula dijual pada 22 Mei 2018 nanti dalam tiga varian berbeza :

  • 64GB + RAM 6GB – USD529 (kira-kira RM2,099)
  • 128GB + RAM 8GB – USD579 (kira-kira RM2,297)
  • 256GB + RAM 8GB – USD629 (kira-kira RM2,496)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend