OnePlus 6 Dijangka Akan Dijual Pada Harga RM2940?! Comments Off on OnePlus 6 Dijangka Akan Dijual Pada Harga RM2940?!

Hanya pengguna yang benar-benar mementingkan nilai belian antara harga jualan dan juga sokongan spesifikasi berkuasa sahaja yang akan menghargai jenama OnePlus. Malah tidak dinafikan lagi bahawa jenama OnePlus ini memiliki pengikutnya yang tersendiri, terutamanya bagi mereka yang inginkan keupayaan sebenar peranti flagship.

Walaupun model OnePlus 6 masih lagi belum diumumkan secara rasmi, ramai di antara pengguna di luar sana yang sudahpun melihat ‘kelibat’ model ini melalui ketirisan gambarnya di Internet. Baru-baru ini ada pengguna dari tanah besar China telah mendedahkan bukan sahaja sokongan spesifikasi asas OnePlus 6, tetapi melalui gambar yang dikongsikan itu turut mendedahkan harga jualannya.

OnePlus 6 sememangnya menjanjikan nilai belian yang sangat berbaloi jika dibandingkan dengan peranti flagship lain.

OnePlus 6 yang dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845, ruang storan yang sangat besar iaitu 256GB, memori RAM 8GB, saiz skrin berukuran 6.2 inci, sokongan teknologi pengecasan pantas Dash Charge, dan juga dwi kamera beresolusi 16 Megapikel + 20 Megapiksel.

Berdasarkan gambar itu, OnePlus 6 akan dijual pada harga USD749 atau kira-kira RM2,940 (USD1 = RM3.92). Sebagai rujukan, OnePlus 5T dengan sokongan storan 128GB dijual pada harga RM2,749 dan RM2,449 untuk varian 64GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend