OnePlus 5 Dan 5T Mula Menerima Kemas Kini Stabil Android 9 Pie (9.0.1) Comments Off on OnePlus 5 Dan 5T Mula Menerima Kemas Kini Stabil Android 9 Pie (9.0.1)

Pada akhir tahun lalu, OnePlus telah mula melepaskan Android Pie versi Beta kepada para pengguna OnePlus 5 dan 5T. Terkini, kedua-dua peranti tersebut dilaporkan telah mula menerima kemas kini Android 9 Pie versi stabil untuk pengguna di China.

Melalui forum rasmi OnePlus, ada beberapa pengguna telah mengesahkan perisian Hydrogen OS berasaskan Android 9 Pie itu mula muncul di peranti mereka menggunakan nombor versi Hydrogen OS 9.0.1 dengan saiz fail sebesar 2GB.

Kemas kini Android 9 Pie membawakan sejumlah ciri baharu yang kita sedia maklum antaranya adalah tambah baik pada antaramuka, sistem, gesture, tampalan keselamatan, mod permainan, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pengguna di China dan mungkin dilepaskan untuk pengguna global termasuk Malaysia tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend